Back to Blog

KUALA LUMPUR – MyBarakah Synergy Sdn. Bhd. (MyBarakah) mahu bergiat aktif membantu komuniti melalui inisiatifnya menawarkan pilihan terbaik dalam proses pengagihan bantuan kepada kumpulan sasaran yang layak dengan cara yang lebih telus dan berkonsepkan syariah.

Platform E-Wallet Berkonsepkan Syariah

Pengarah Urusannya, Noorhaslizan Shah Sulaiman berkata, pengoperasian syarikat yang telah memulakan aktivitinya sejak tahun 2021 itu telah menguruskan pengagihan zakat, bantuan, sumbangan dan wakaf kepada kumpulan sasaran dengan menggunakan platform e-wallet melalui kad digital khas.

Beliau berkata, semasa pandemik, konsep penyerahan sumbangan menggunakan platform e-wallet sangat berkesan untuk membantu kumpulan penerima bantuan menerus kelangsungan dalam persekitaran yang sukar.

"Jadi dengan menggunakan kad digital ini, bantuan yang diberikan lebih telus yang mana jika ia adalah bantuan bulanan, maka si penerima bantuan boleh menggunakan kad digital berkenaan membeli barangan keperluan di semua rangkaian kedai di bawah rangkaian syarikat."

Kad Digital Untuk Kemudahan Transaksi

Jelasnya, kad digital itu boleh digunakan untuk transaksi pembayaran, pembelian dan juga platform untuk mengagihkan bantuan kepada penerima yang layak.

"Ada juga pelanggan kami yang menggunakan kad digital yang disinergikan dengan Mastercard dengan lebih mudah untuk transaksi pembayaran dan pembelian di Tanah Suci," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Jangkauan 180,000 Penerima Bantuan

Noorhaslizan menjelaskan, buat masa ini, MyBarakah memiliki kira-kira 3,000 penerima bantuan dan menjangkakan melalui kerjasamanya dengan banyak badan bukan kerajaan dan juga pusat zakat negeri serta pihak berkuasa lain, penerima bantuannya terbaharunya bakal mencecah kepada 180,000 orang.

Kelebihan Sistem Pengagihan Digital

Tambah beliau, antara kelebihan perkhidmatan ini adalah:

Ekosistem Ekonomi Berunsurkan Syariah

Tambah beliau, MyBarakah kini sedang membina sebuah ekosistem ekonomi berunsurkan syariah yang memiliki elemen kebertanggungjawaban, membantu meningkatkan taraf ekonomi Islam dan juga mencari keberkatan.

Selain itu, ia juga menyediakan platform yang menyenangkan kepada masyarakat untuk menyumbang dan menerima bantuan dengan lebih mudah, tanpa sebarang keraguan dan juga tanpa batasan.

Kesimpulan

MyBarakah telah membuktikan komitmennya dalam menyediakan penyelesaian digital yang berkonsepkan syariah untuk pengagihan bantuan dan zakat. Dengan menggunakan teknologi e-wallet dan kad digital, proses penyaluran bantuan menjadi lebih telus, cekap, dan boleh dipercayai.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekosistem kewangan Islam yang lebih moden dan inklusif.